PENYELIDIKAN DALAM KURIKULUM
Pengenalan

Pusat Perkembangan Kurikulum sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan lagi mutu kurikulum dan keberkesanan pelaksanaannya. Usaha ini dijalankan secara berterusan melalui aktiviti-aktiviti penyelidikan, penilaian dan pengesanan.

Di peringkat makro, fokus penyelidikan ditumpukan kepada dasar kurikulum yang meliputi kurikulum di peringkat pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Di peringkat mikro, PPK menjalankan projek-projek untuk mendapatkan maklumat mengenai aspek-aspek tertentu dalam pelaksanaan dan perkembangan kurikulum. Antara penyelidikan yang dijalankan pada masa ini meliputi aspek-aspek berikut:

  • Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif;
  • Penguasaan Pembelajaran;
  • Strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai mata pelajaran di peringkat pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah;
  • Pengukuran Kebolehan Intelek dan Potensi Pelajar;
  • Kemahiran Generik.
Penyelidikan Yang Telah Dikendalikan (1990 - 1997)
  • Projek Kemahiran Berfikir (1991) bertujuan untuk mencuba program CORT I di sekolah menengah dan rendah. Dapatan projek ini menunjukkan Program CORT I yang dijalankan berfaedah dan bermanfaat kepada pelajar dalam meningkatkan kemahiran berfikir.
  • Projek Percubaan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) (1991) dengan tujuan untuk melihat kesesuaian kaedah penilaian berasaskan sekolah serta bentuk rekod, pelaporan dan bentuk tindakan susulan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan projek ini dijadikan panduan untuk memperbaiki dan mengemaskinikan Buku Panduan Umum Penilaian Kendalian Sekolah Menengah.
  • Kajian Pelaksanaan Kerja Kursus Sejarah dan Geografi Tempatan KBSM (1991) yang bertujuan untuk melihat kedudukan pelaksanaan kerja kursus bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi Tempatan dari segi beban tugas pelajar. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru sama ada di bandar atau luar bandar memerlukan bimbingan yang mendalam dalam aspek-aspek pengendalian kerja kursus bagi Sejarah dan Geografi Tempatan.
  • Pengesanan Sekolah-Sekolah Kecil Berprestasi Rendah (1991) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi peperiksaan UPSR 1990.
  • Pengesanan Pelaksanaan KBSR (1991) bertujuan untuk mendapatkan gambarab terkini mengenai pelaksanaan KBSR. Dapatan kajian telah digunakan sebagai input dalam penyemakan KBSR.
  • Pengesanaan Pelaksanaan KBSM (1991) bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang mutakhir megenai pelaksanaan KBSM.
  • Kajian Murid Tidak Boleh Membaca (1991) yang berbentuk kajian tindakan untuk melihat faktor-faktor yang menyebabkan murid tidak boleh membaca dan keberkesanan strategi untuk mengatasi kelemahan tersebut.
  • Kajian Status Bahasa Melayu KBSR (1991) bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh mengenai pelaksanaan Bahasa Melayu dan prestasi murid dalam mata pelajaran tersebut.
  • Kajian Pelaksanaan KBSM (1990) berfokus kepada perkembangan intelek pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bagi semua mata pelajaran.
  • Pengesanan Pelaksanaan KBSM (1992) bertujuan untuk melihat persepsi pengetua mengenai pelaksanaan KBSM, budaya sekolah, pengajaran dan pembelajaran semua mata pelajaran dan persepsi guru mengenai KBSM.
  • Projek Penyelidikan Kemahiran Berfikir Sekolah Rendah (1992) bertujuan memberikan pelajar kemahiran untuk belajar sendiri. Kemahiran belajar melibatkan aktiviti-aktiviti mengenalpasti, menggunakan maklumat dari pelbagai sumber, menyusun maklumat serta menyampaikannya mengikut situasi atau konteks yang sesuai.
  • Projek Pembelajaran Akses Kendiri (1992) ialah mencuba program pembelajaran kendiri yang sesuai dengan objektif dan gaya pembelajaran pelajar.
  • Kajian Pencapaian Sains di Kalangan Murid Tahun 6 KBSR (1992) ialah kajian untuk mengukur pencapaian sains di kalangan murid KBSR terutamanya murid luar bandar.
  • Kajian Kes Matematik (1992) ialah untuk mengkaji amalan yang berkesan di sekolah-sekolah untuk menungkatkan prestasi murid dalam matematik.
  • Kajian Kes: Pengetahuan dan Kebolehan Guru Siswazah Baru Terhadap KBSM. (1992) Fokus kajian ialah untuk mengetahui kefahaman guru terhadap KBSM dari segi objektif pendidikan menengah, penekanan dalam KBSM dan FPN serta kebolehan guru mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
  • Kajian Kes Sekolah Rendah Cemerlang (1992) yang bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang dapat menyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah dalam peperiksaan UPSR. Dapatan kajian menunjukkan bahawa antara faktor-faktor yang membawa kepada kecemerlangan termasuklah keberkesanan pentadbiran sekolah, kerjasam antara guru, kemudahan alat bantu mengajar yang disediakan oleh sekolah, teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, sokongan masyarakat tempatan dan budaya kerja yang baik.
  • Kajian Pelaksanaan Peljaran Jawi KBSR (1992) bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status pelaksanaan pelajaran Jawi dan pencapaian murid dalam pelajaran Jawi.
  • Tinjauan mengenai pemgambilan mata pelajaran Elektif (1992). Data yang dikumpul dari sekolah menengah harian di seluruh negara dengan tujuan untuk melihat pola pengambilan mata pelajaran-mata pelajaran elektif oleh pelajar KBSM. Dapatan kajian ini telah diberi perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab supaya matlamat melahirkan tenaga mahir dalam bidang sains dan teknologi dapat dicapai.
  • Kajian Sekolah Kebangsaan Kubang Chenok, Pasir Mas, Kelantan (1992) untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendukung kecemerlangan yang telah dicapai oleh SK Kubang Chenok dalam UPSR selama empat tahun berturut-turut, 1988-1991.
  • Kajian Status Bahasa Melayu Sekolah Mengah Rendah di Wilayah Persekutuan dan Selangor (1992) untuk melihat keberkesanan pelaksanaan B. M. di peringkat sekolah menengah rendah.
  • Kajian Status Pelaksanaan bahasa Melayu Sekolah Menengah Atas di Sekolah-sekolah Berprestasi Rendah dalam SPM (1992) bertujuan untuk meninjau latar belakang yang menybabkan pencapaian prestasi yang rendah dalam Bahasa Melayu SPM 1991 di Kelantan.
  • Pengesanan Pengajaran dan Pembelajaran Sains (1992) ialah untuk melihat persediaan guru, penyampaian pelajaran, perkembangan kemahiran saintifik, pemupukan dan amalan nilai murni serta nilai intrisik sains, perkembangan kemahiran berfikir, penggunaan bahasa, teknik menyoal, suasan bilik darjah/makmal dan buku laporan amali pelajar.
  • Kajian Keberkesanan Program Literasi Komputer (1994) meninjau status pelaksanaannya di sekolah.
  • Kajian Keberkesanan Pelaksanaan KBSM (1994) bagi mata pelajaran Sejarah, Geografi dan Pendidikan Islam di peringkat sekolah menengah rendah.
  • Kajian Pendidikan Pencegahan Dadah KBSM (1994) mengkaji tentang kesedaran guru mengenai kurikulum tersebut.
  • Kajian Status Kesusasteraan Melayu (1994) mengkaji status pelaksanaan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu KBSM di seluruh negara yang meliputi aspek pencapaian pelajar, pengurusan kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran serta persepsi guru.
  • Pengesanan Pelaksanaan KBSR Tahun I (1995) mengkaji tentang kefahaman guru besar dan guru tentang konsep dan tumpuan utama KBSR serta kesediaan guru melaksanakan konsep dan tumpuan tersebut.
  • Kajian Keberkesanan Kaedah Ujian Rujukan Informasi (Information Referenced Testing) (1995) untuk melihat penggunaan kaedah URT di beberapa buah sekolah rendah di Negeri Sembilan dan Melaka.
  • Pengesanan Pelaksanaan KBSR Tahun 2 (1996) mengkaji tentang kesediaan guru dalam pelaksanaan tumpuan KBSR serta pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
  • Pengesanan Pelaksanaan KBSR Tahun 3 (1997) mengkaji pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah serta isu dan kekangan yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan KBSR.
  • Kajian Trend Pemilihan Mata Pelajaran Elektif Sekolah Menengah Atas Tingkatan 4 (1995) untuk melihat pakej kombinasi mata pelajaran lektif yang ditawarkan oleh sekolah, pola pakej kombinasi mata pelajaran, cara pengurusan pemilihan mata pelajaran dan kekangan yang dihadapi oleh sekolah dalam melaksanakan pemilihan mata pelajaran elektif.
  • Kajian Kes Budaya Sekolah Efektif (1996) untuk melihat budaya sekolah di beberapa buah sekolah menengah yang efektif.
  • Penyelidikan Fasa I Projek Penggubalan Alat Pengukuran Kebolehan Intelek dan Potensi Pelajar (KIPPS) (1996) yang bertujuan untuk menghasilkan alat pengukuran bagi kecerdasan lingustik/bahasa, logik/matematik dan kemahiran berfikir.
Rancangan Penyelidikan Tahun 1998 - 2000
Pembinaan Alat Pengukuran Kebolehan Intelek dan Potensi Pelajar bagi kecerdasan ruang/visual, muzik/ritma dan kinestetik.

Kemahiran Generik dan Sekolah Ke Kerjaya (1998 - 1999)

Kajian Antarabangsa IEA mengenai:

  • Sains & Matematik (1998-2000) (TIMMS - Repeat).
  • Second Information Technology in Education (1999 - 2000)
  • Reading Literacy (OECD) for the year 2000
Pertanyaan/Inquiries :
Unit Penyelidikan dan Penilaian,
Bidang Perancangan Dasar dan Penilaian Kurikulum,
Pusat Perkembangan Kurikulum.
e-mail : Ketua Unit